

UiTM Health Competition
Raising Awareness on Rare Disease & Mental Health
01 September- 30 November 2022


penganjur bersama




Rare Disease
Diraikan pada hari terakhir bulan Februari setiap tahun

Penyakit Rare Disease atau Penyakit Jarang Jumpa merupakan penyakit yang dihidapi oleh hanya sebilangan kecil individu di mana kebiasaannya 75% pesakit adalah kanak-kanak, manakala 30% pesakit meninggal dunia sebelum usia 5 tahun. Di Eropah, sesuatu penyakit ditakrifkan sebagai jarang jumpa jika ia dihidapi oleh kurang daripada 1 dalam 2000 penduduk (Orphan Drug Regulation 141/2000). Kesedaran rendah dikalangan komuniti ketika ini memerlukan perhatian serius kerana penyakit jarang jumpa seringkali kronik, memudarat, melarat dan membahayakan nyawa dan menjadikan seseorang itu kurang upaya yang mana menjejaskan kualiti hidup pesakit. Pesakit dan keluarga turut sama mengalami kesakitan dan penderitaan.
Sehingga kini, tiada rawatan/ubat-ubatan di pasaran yang boleh menyembuhkan penyakit jarang jumpa berikutan situasi kompleks di mana terdapat di antara 6000 dan 8000 jenis penyakit dan pesakit menunjukkan simptom yang berbeza bukan sahaja dari penyakit ke penyakit, tetapi juga di antara pesakit-pesakit yang menghidapi penyakit yang sama. Simptom-simptom yang kerap dijumpai mungkin menyembunyikan penyakit yang sebenar pada pesakit, menyebabkan kelewatan dari sudut diagnosis. Terdapat juga penyakit-penyakit jarang jumpa lain yang disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus, alahan dan sebab-sebab persekitaran.
Atas kesedaran ini, pihak UITM dan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd ingin membantu memberi kesedaran dan pendedahan kepada warga Malaysia mengenai penyakit tersebut dalam bentuk pertandingan poster.

6000
80%
30%
9%
Jenis
Genetik
Meninggal
< 5 thn
di Asia Tenggara

Mental Health
Diraikan pada bulan Oktober setiap tahun

Kesihatan mental merupakan masalah kesihatan berkaitan mental tanpa mengira usia dan jantina. Dalam era arus permodenan kini, kesihatan mental adalah sama penting dengan kesihatan fizikal dalam membina kehidupan yang sejahtera. Walaubagaimanapun, tahap kesihatan mental rakyat Malaysia kini berada dalam keadaan yang membimbangkan apabila banyak kes-kes bunuh diri semakin kerap dilaporkan di media dan statistik semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Antara faktor utama yang menyumbang kepada masalah tersebut adalah krisis kewangan, tiada pekerjaan, tekanan pekerjaan, masalah keluarga dan persekitaran. Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan sebanyak 91.2 peratus daripada lebih 100,000 panggilan diterima daripada talian bantuan sokongan psikososial memerlukan sokongan emosi dan kaunseling. Di Malaysia, isu penjagaan bagi pengguna perkhidmatan penyakit mental di Malaysia adalah lebih kompleks kerana masyarakatnya yang berbilang kaum, dengan latar belakang budaya yang berbeza dan mempunyai kepercayaan dan sikap yang berbeza terhadap penyakit tersebut.
Pekerja profesional dalam kesihatan mental boleh bergabung untuk mengambil tindakan kolektif melalui organisasi sedia ada seperti Persatuan Pekerja Sosial Malaysia, Persatuan Kesihatan Mental Malaysia dan Persatuan Psikiatri Malaysia. Tambahan pula, pakar dan ahli profesional kesihatan mental boleh membantu keluarga yang merupakan kumpulan sokongan kepada pesakit melalui sesi perkongsian dalam menyuarakan pendapat mereka. Pendapat ini disalurkan kepada kerajaan atau pembuat dasar untuk penambahbaikan pembangunan dasar yang boleh membantu sosial pesakit ini. Oleh itu, amatlah penting untuk kita tingkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental, agar kita lebih bijak menanganinya jika keadaan ini berlaku kepada diri kita sendiri atau kepada insan yang kita sayangi.

523
16-29
10%
13
bunuh diri
pada 2019
umur penyakit mental tertinggi
remaja tertekan
umur paling cenderung bunuh diri
Pertandingan
Dalam meningkatkan kesedaran terhadap dua penyakit ini, pihak UiTM dengan kerjasama Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd menganjurkan dua pertandingan
1. Pertandingan Poster - “RARE DISEASE - RARE IS REAL”
Peserta merekabentuk poster mengenai Penyakit Jarang Jumpa mengetengahkan satu atau lebih komponen REAL.
o REAL: Research, Equity, Access, Life
2. Pertandingan Video Pendek - "MENTAL HEALTH – DO NOT SUFFER ALONE”
Mencipta video berdurasi 2 minit mengenai kesihatan mental dengan tema "Mental Health – Do Not Suffer Alone"

Hadiah
Pertandingan Poster Penyakit Jarang Jumpa
Pertandingan Video Penyakit Mental
-
Hadiah Pertama : RM5,000
-
Hadiah Kedua : RM3,000
-
Hadiah Ketiga : RM2,000
-
Hadiah Saguhati : RM500 x 4
-
• Hadiah Pertama : RM3,000
• Hadiah Kedua : RM2,000
• Hadiah Ketiga : RM1,000
• Hadiah Saguhati: RM500 x 4